Thursday, 24 May 2018

Panduan sembahyang solat terawih di bulan Ramadhan



25 May 2018 -

Masih tak terlambat untuk berkongsi panduan solat sunah terawih ni untuk panduan bersama... Semoga perkongsian bermanfaat bagi nak refresh semula solat terawih kot-kot ada yang terlupa ke atau nak perbaiki solat kita... InsyaAllah...

Boleh juga download versi PDF dari JAKIM di link 

Ada yang mungkin tertanya- tanya bagi solat terawih di rumah atau di masjid, berikut adalah jawapan dari Pejabat Mufti Wilawah Persekutuan....



1) Niat Solat Terawih

2) Bacaan Surah

Terdapat dua cara sama ada :

(a) Cara Pertama

               

Baca niat dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya 8,16,20. Surah selepas Al-Fatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca. 
Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa ini:

               

Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8,16,20. Selesai solat tarawih, baca doa selepas terawih berikut;
           
(b) Cara Kedua



3) Solat Witir
Selepas menunaikan solat tarawih, jangan lupa juga solat witir. Berikut disertakan sekali cara solat witir selepas solat tarawih.
2 rakaat dahulu, diikuti 1 rakaat.

Selesai 3 rakaat witir,baca doa berikut:
Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita seribu perubahan positif pada diri disamping untuk kita menambah pahala.

Sumber : 


Wednesday, 23 May 2018

23 May 2018 - 
Hari ini mendapat berita bahawa sahabat ex-IBM telah pergi di bulan Ramadhan... Perkenalan yang sekejap sahaja dalam IBM, mungkin teman makan tengah hari ataupun berjumpa di pantry atau di hall way berborak kosong dan bergelak ketawa... 
Terdetik di dalam hati, bila masanya untuk aku sendiri? Ya Allah, engkau tenangkan hati aku dengan kematian di dalam Islam dan Kau takutkan-lah hati aku dengan kehidupan kerana mati itu pasti... 
Sebak sedikit kerana tidak dapat menziarah jenazah, hanya doa yang dapat dititipkan semoga rohnya tenang dan semua urusannya dipermudahkan... 
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini... 
Daripada sahabat memberitahu arwah meninggalkan seorang balu dan anak kecil dalam lingkungan setahun. Ya Allah, kuat cabaran untuk keluarganya... Mungkin tak dapat aku hadapi sekiranya terkena di diri sendiri... 
Al-Fatihah buat sahabat Antassari...