Wednesday, 23 May 2018

23 May 2018 - 
Hari ini mendapat berita bahawa sahabat ex-IBM telah pergi di bulan Ramadhan... Perkenalan yang sekejap sahaja dalam IBM, mungkin teman makan tengah hari ataupun berjumpa di pantry atau di hall way berborak kosong dan bergelak ketawa... 
Terdetik di dalam hati, bila masanya untuk aku sendiri? Ya Allah, engkau tenangkan hati aku dengan kematian di dalam Islam dan Kau takutkan-lah hati aku dengan kehidupan kerana mati itu pasti... 
Sebak sedikit kerana tidak dapat menziarah jenazah, hanya doa yang dapat dititipkan semoga rohnya tenang dan semua urusannya dipermudahkan... 
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini... 
Daripada sahabat memberitahu arwah meninggalkan seorang balu dan anak kecil dalam lingkungan setahun. Ya Allah, kuat cabaran untuk keluarganya... Mungkin tak dapat aku hadapi sekiranya terkena di diri sendiri... 
Al-Fatihah buat sahabat Antassari...


No comments:

Post a Comment